Yang ‘Sendu’ Tu Anda, Kontroversi Sana Sini Sebab Nak Jual Produk – Diana Danielle ‘Sound’ Dato Vida

Isu Datuk Seri Vida bersama Aishah masih lagi belum reda dan terbaru beliau dihimpit  kontroversi lagi apabila didakwa menghina artis legenda yang menyertai program Gegar Vaganza sebagai ‘sendu’.

Kenyataan dari usahawan kosmetik Dato Seri Vida dengan melabelkan artis yang menyertai program nyanyian poular sebagai ‘sendu’ telah mengundang rasa kurang senang golongan artis. Ada yang menganggap ia agak keterlaluan seolah-olah artis yang menyertai program tersebut terdesak.

Ramai artis menyifatkan apa yang dikatakan oleh DSV agak keterlaluan kerana tidak menghormati sensitiviti golongan artis.

Terbaru, pelakon popular Datin Diana Danielle menerusi Insta Stories turut meluahkan rasa bengang dengan kenyataan DSV. Buat Diana, Aishah mempunyai kelasnya tersendiri manakala yang layak digelar ‘sendu’ adalah jutawan kosmetik itu.

Terdahulu, meskipun dikecam DSV tetap mempertahankan pendapat dan kenyataan beliau bahawa program GV sememangnya bertujuan untuk menaikkan artis ‘sendu’. Beliau juga menyeru artis yang terasa dengan kata-katanya itu bangkit dan jadikan diri mereka lebih dikenali agar tidak ‘sendu’ lagi.

Salah Tafsir Istilah ‘Sendu’

Menerusi penjelasan Vida semasa sidang media semalam,  dia meminta artis lain supaya tidak cepat melatah dengan kenyataan tersebut. Vida berpesan supaya jangan salah tafsir istilah ‘sendu’ yang dia maksudkan. Tambahnya lagi dia tiada sebarang niat untuk membuli artis demi kepentingan diri sendiri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *