Walaupun Dibantah, Kerajaan Tetap Ingin Mansuh Hukuman Mati Untuk Semua Kesalahan Jenayah

KUALA LUMPUR – Pemansuhan hukuman mati mandatori akan meliputi semua kesalahan walaupun terdapat bantahan daripada beberapa pihak termasuk keluarga mangsa pembunuhan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata, orang ramai perlu memahami bahawa walaupun hukuman mati itu dihapuskan, mereka yang disabitkan kesalahan tetap akan dihukum dan tidak dibebaskan.

“Saya dapat memahami (perasaan) keluarga mangsa bahawa ia sangat menyakitkan tetapi ia adalah hasrat kerajaan untuk menghapuskan hukuman mati sepenuhnya.

“Kita tidak boleh memilih dengan menghapuskan hukuman mati hanya untuk satu kesalahan dan tidak menghapuskan untuk kesalahan lain. Kami mahu menghapuskan semua hukuman mati, ” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Katanya, sehingga kini terdapat 1,267 banduan yang disenaraikan untuk menjalani hukuman mati.

Vui Keong berkata, beliau juga sedang memuktamadkan beberapa perkara sebelum membentangkan rang undang-undang untuk menghapuskan hukuman mati itu di Parlimen. – Bernama

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *