Tular Video Peguam Negara, Ketua Hakim dan Siti Kassim Berjoget Atas Pentas

PEGUAM Negara Tommy Thomas hari ini menjadi perhatian netizen apabila rakaman video beliau sedang bergelek di atas pentas dalam satu majlis, viral di media sosial.

Majlis ‘Gala Dinner’ itu turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong dan Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum.

Majlis itu kelihatan sangat meriah dan ‘happening’ dengan masing-masing sedang seronok menari diiringi lagu ‘rock n roll’.

Di dalam video itu Peguam Negara kelihatan begitu lincah menunjuk bakatnya sambil mengesek-gesek kaki di pentas tarian. Beliau juga dilihat diberikan layanan dan perhatian yang istimewa di majlis itu.

Jika figura undang-undang kerajaan terdahulu memilih untuk menjaga adab tatasusila, tidak menjadi terkenal dan sentiasa menjaga privasi sehingga makan tengah hari pun tidak berteman, lain pula figura undang-undang di era Pakatan Harapan (PH) seperti yang dilihat di dalam video rakaman itu.

Ini kerana kehidupan sosialnya boleh dilihat mempengaruhi keputusannya di mahkamah dan dikhuatiri akan menzalimi sebelah pihak.

Telah menjadi kebiasaan figura undang-undang menjaga batasan sosialnya sehingga ada yang memilih untuk mengelak minum bersama di ruang awam atau bertegur sapa berlebihan apabila terserempak di jalanan.

Semuanya itu adalah demi menjaga integriti dan kesucian institusi kehakiman.

Sehingga bekas Hakim Kanan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Hwa pernah berkata berkenaan kehidupan sebenar dan sewajarnya bagi seorang hakim;

“Para hakim tidak sepatutnya dikenali. Keadilan adalah buta”.

Berbalik kepada Tommy, pendek rendah tetapi lincah, mempunyai banyak masa untuk berpesta menari berdansa tetapi tiada masa untuk mencetak sehelai kertas pertuduhan pun di dalam kes bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Bagaimana institusi kehakiman di Malaysia berubah begitu cepat sekali sehingga dilihat seolah-olah tidak lagi berintegriti. Adakah yang tertuduh benar-benar akan mendapat keadilan dari orang seperti mereka?

Turut menunjukkan aksi lincah di dalam video itu peguam kontroversi Siti Kasim yang pernah menghina ibadah korban dan mempertahankan pesta arak Oktoberfest selain mendakwa pendidikan Islam di sekolah adalah ajaran sampah.

Sumber: Abu Leman