Tular Isu Jabat Tangan, MB Kedah Mohon Maaf Kepada Sultan Ibrahim

Baru-baru ini tular sebuah video di Istana Abu Bakar, berkelakuan tidak bersalaman dengan Sultan Johor semasa majilis rasmi istiadat pengebumian Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah di Pekan, Pahang semalam, disifatkan sebagai satu tindakan yang biadab.

Video yang menunjukkan Muhkriz enggan menghulur tangan dan bersalaman dengan Sultan Johor, malah beliau teruskan bersalam dengan yang di-Pertuan Agong yang berdiri di sebelah kiri Sultan Ibrahim berdurasi 14 saat turut tular dalam media sosial.

Sehubungan dengan itu, hari ini Menteri Besar Kedah memohon maaf kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana tidak bersalam dengan baginda semalam di Istana Abu bakar, Pekan, Pahang. Setiausaha akhbar Mukhriz dalam kenyataan memaklumkan permohonan maaf itu disampaikan menerusi surat yang diutuskan kepada Sultan Ibrahim.

“Menteri besar telah menyembah maklum kepada baginda bahawa kekhilafan tersebut adalah kerana kealpaannya sendiri, dan tidak menggambarkan sifat sopan santun rakyat Kedah Darul Aman,” kata kenyataan itu.

Sumber: Mukhriz Mahathir FC via Siakapkeli.my