“Tuduhan Ini Bersifat Jahat Dan Kejam,” Azmin Ali Jawab Isu Video Lucah

Sebuah rakaman video lucah yang dikatakan mirip seorang Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi tular di media sosial sejak selasa. Video yang didakwa dirakam di sebuah hotel itu menimbulkan kontroversi dan persoalan orang ramai yang terkejut dengan adegan ranjang itu.

Keadaan bertambah panas apabila hari ini, individu yang bersama menteri tersebut Haziq Abdullah Abdul Aziz tampil membuat pengakuan terbuka bahawa adegan mereka bersama di dalam video tersebut adalah benar. Individu tersebut juga meminta siasatan dilakukan terhadap menteri berkenaan berhubung isu rasuah atau korupsi.

Susulan itu, Azmin Ali dalam satu kenyataan pada rabu tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat oleh individu berkenaan. Ujar beliau, tuduhan bersifat jahat dan kejam yang dilakukan ke atasnya adalah semata-mata bagi menjatuhkan karier politik beliau.

”Saya yakin siri fitnah ini adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian saya serta menjatuhkan saya dan memusnahkan karier politik saya.

”Saya yakin kerja jijik ini telah dimulakan beberapa bulan lalu berdasarkan perkembangan politik semasa melalui intimidasi terhadapa keselamatan diri dan keluarga pada minggu terakhir Ramadhan serta tuduhan rasuah yang tidak benar dan berasas,” kata Azmin.

Beliau juga menegaskan bahawa telah mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat dan sama sekali tidak akan tunduk kepada cubaan untuk menjatuhkan beliau.

”Saya telah mengarahkan para peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhdap individu yang membuat tuduhan-tuduhan jahat serta terhadap pelaku lain.

Saya sama sekali tidak akan tunduk kepada tindakan-tindkan pengecut ini dan percubaan untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari isu-isu negara yang lebih mendesak dan kejayaan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam melaksanakan dasar pembangunan negara yang mampan dan inklusif,’‘ kata Azmin.

Sumber: Siakapkeli.my