“Trailer Dah Pancing Teruk Ni!” – Netizen Teruja Nak Tengok Filem Terbaru Syafiq Yusof, Misteri Dilaila.. Ada Lizzy Tau!

Bagi mereka yang dah tonton filem Polis Evo dan Munafik 2, pastinya korang tertunggu-tunggu filem dari pengarah Syafiq Yusof yang seterusnya iaitu Mimpi Dilaila kan?

Baru-baru ni, trailer filem tersebut dah pun viral di media sosial dan guess what? Ia dah pun mendapat perhatian netizen sebab katanya seram dan misteri sangat. Waa seriuslah! Korang dah tengok belum trailernya?

“Aku macam malas nak tengok kalau filem horror biasa. Sekali trailer dah pancing teruk ni. Moh support geng!”

Menerusi perkongsian di Twitter, filem ni nampaknya dah mendapat sambutan hangat netizen walaupun masih belum ditayangkan lagi. Bakal berada di pawagam pada 21 Februari nanti, ramai yang mengaku dah menggigil sungguhpun baru tengok trailer je.

“Ada Lizzy, Rosyam Nor… Namron jadi ustaz!”

Menampilkan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Namron, Sasqia Dahuri dan Rosyam Nor, korang dah boleh rasakan aura bagaimana filem ini akan bawa masa masuk pawagam nanti.

Tapi selain daripada pelakon hebat dan berpengalaman kat atas tu, netizen jugak sebenarnya tak sabar-sabar nak tengok kemunculan Elizabeth Tan disisi Abang Zul. Ops!

Kisah misteri pasangan suami isteri di Fraser Hill

Filem bergenre seram thriller ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Jefri dan Dilaila yang bercuti di sebuah rumah banglo kat Fraser Hill milik arwah bapa Dilaila.

Namun percutian ini tiba-tiba berubah jadi satu misteri lepas Dilaila tiba-tiba hilang dan Jefri menghubungi polis untuk mencarinya. Nak tahu apa yang berlaku? Haa kenalah tunggu 21 Februari ni!

Tak sabar admin nak tengok lakonan bang sado kita dengan Lizzy. Mesti sweet kan!

Sumber: Lobakmerah.com