TNB Jelaskan Bil Elektrik Dibayar Ikut Bacaan Meter

SHAH ALAM – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan jumlah bil elektrik yang perlu dibayar adalah berdasarkan kepada bacaan meter.

Menerusi soalan lazim (FAQ) dalam laman sesawang TNB, sekiranya meter dibaca melebihi tempoh 31 hari, maka TNB akan menggunakan pengiraan secara prorata berdasarkan bilangan hari pembilan.

“Sebagai contoh, tempoh pembilan 35 hari, faktor prorata dikira 35 hari daripada 30 hari bersamaan dengan 1.1667 menjadikan jumlah unit digunakan ialah 452 per kilowatt jam (kWh).

Contoh pengiraan bil elektrik yang dimuat naik ke laman akaun Facebook TNB pada 21 Mei lalu.

“Berdasarkan kepada pengiraan prorata ini, pengguna dapat menikmati 233 kWh (unit) pada kadar terendah iaitu RM0.218 berbanding dengan 200 unit yang diluluskan untuk tempoh sebulan,” katanya.

Hari ini rata-rata pengguna media sosial kecoh apabila mendapati mereka terpaksa membayar lebih berbanding sebelum ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang masih keliru boleh berbuat demikian dengan menghubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454 atau melayari laman web TNB di www.tnb.com.my/faq/bm-pengebilan.

Sumber: Sinar Harian