Tidur Awal Sebelum Pukul 11 Malam Selama Setahun, Berat Badan Turun 3kg!

Adakah anda termasuk golongan yang suka tidur awal setiap malam? Ok, kalau betul ini cerita bahagia buat anda! Setiap wanita impikan tubuh badan yang langsing dan kulit cantik seperti. Sebenarnya ada cara paling mudah untuk tampil cantik tanpa keluarkan duit.

Caranya anda hanya perlu tidur sebelum jam 11 malam. Ini kerana jika anda tidur lebih jam 11 malam hingga 3 pagi, anda cenderung untuk makan kudap-kudapan berlemak selain minuman manis.

Badan Cepat Naik Lemak!

Tabiat buruk itu beri kesan pada metabolisme tubuh dan mengganggu proses pelangsingan. Patutlah tak kurus-kurus.

Menurut kajian yang dilakukan ke atas 85,000 responden oleh produk Jawbone, mereka yang tidur sebelum jam 11 malam lebih banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan berbanding mereka yang tidur selepas jam 11 malam.

Kulit Jadi Kusam, Naik Jerawat Kalau Suka Tidur Lambat

Selain mengganggu proses menguruskan badan, tabiat berjaga hingga lewat malam membuatkan kulit menjadi kusam, mudah berjerawat dan kering.

Kajian juga mendapati, sekiranya anda amalkan rutin masuk tidur sebelum jam 11 malam selama setahun, anda mampu menurunkan berat badan sehingga 3 kilogram tanpa perlu berdiet.

Malam (9pm – 11pm):

Masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Masa ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Kalau suri rumah, ketika ini masih gigih buat rutin hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am):

Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am – 3am):

Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am – 5am):

Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am – 7am):

Proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am – 9am):

Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kalau anda yang sedang sakit, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas.

Kalau anda yang jenis tidak sarapan, kenalah ubah sampai rajin makan pagi. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali.

Tapi ingat ya… golongan yang suka lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.

Jadi wanita yang mengidam sangat nak kurus, sila dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat!

Sumber: Mingguan Wanita