“Tiada Gadis Hot Sepertinya..” – Lelaki Akui Bercinta Dengan Lipas Bernama Lisa Selama Setahun

Biasanya kita tahu ada orang di negara lain yang jenis makan serangga bukan? Dan itu tidaklah pelik sangat rasanya. Tapi ini yang sejenis jatuh cinta dengan serangga iaitu lipas. Peliknya!

Yuma Shinohara, 25 tahun dan berasal dari Jepun membuat pendedahan dia telah menjalinkan hubungan bersama seekor lipas. Malah lelaki tersebut mengakui serangga itu adalah cinta pertamanya.

Lipas yang diberi nama Lisa.

Menerusi temuramah bersama Asian Boss, Yuma membeli seekor lipas ternakan dari Afrika yang kemudian menamakannya Lisa.

Yuma berkata hubungannya bersama ‘Lisa’ bersifat platonik yang membuatkan dia mempunyai fantasi untuk mengadakan hubungan intim bersama, sama ada Lisa yang bersaiz kecil (lipas) ataupun bersaiz manusia.

Tambah Yuma, tiada gadis ‘hot’ seperti Lisa dan hubungan dengannya adalah 100% serius! Dia juga percaya mereka dapat berkomunikasi antara satu sama lain.

Yuma Shinora bersama Lisa.

Malah Yuma memberitahu dia adalah seorang entomophagist. Ia adalah satu kelaziman untuk memakan Lisa sebaik haiwan itu mati.

“Pada hari kematian Lisa memang terasa agak sedih, tapi saya tahu hari itu akan tiba kerana jangka hayat seekor lipas yang pendek. Jadi sekarang Lisa tetap dihati dan akan sentiasa hidup dalam sebahagian dari tubuh saya.” kata Yuma.

Serangga dijadikan alternatif kepada daging.

Memakan serangga sebagai pengganti alternatif daging menjadi semakin popular di negara Jepun kerana tidak cukup tanah untuk membela ternakan dan hasilnya juga kurang merosakkan alam sekitar.

Korang yang kat Malaysia jangan pula ada yang buat perangai pelik-pelik macam ini ya!

Sumber: https://himpunanceritalawak.com