Terkini SUV Putih Berjaya Diangkat Naik. Mengejutkan, Ini Yang Dikongsi Oleh Pasukan Penyelam

Terkini, pihak penyelam dan pasukan penyelamat dilaporkan sudah berjaya mengangkat naik ke kenderaan SUV putih yang terjunam sebentar tadi, selepas berusaha selama 3 hari.

Seramai 40 penyelam dari empat agensi memulakan penyelaman hari ini untuk memasang kabel pada sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terhumban ke laut selepas satu kemalangan di Jambatan Pulau Pinang.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, para penyelam itu terdiri daripada Pasukan Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Maritim Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“ Dua orang penyelam akan membuat penyelaman selama 20 minit sebelum digantikan dengan penyelam-penyelam lain selepas itu dalam operasi ini,” katanya di lokasi kejadian di Kilometer 4.0, Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai, hari ini.

Katanya pasukan operasi yang menjumpai SUV jenis Mazda CX-5 berkenaan kira-kira pukul 4 petang semalam berdekatan tiang 34 jambatan itu menghadapi masalah untuk memasang kabel pada kenderaan itu dalam keadaan penglihatan bawah air yang terhad dan arus kuat.

“ Inilah yang menyebabkan kabel berkenaan terlepas sebanyak empat kali sebelum kami mengambil keputusan menangguhkan operasi semalam berikutan cuaca semakin gelap,” katanya.

Sebelum ini, Rosman berkata operasi hari ini berkemungkinan lebih mudah dan tidak mengambil masa yang lama kerana pasukan penyelamat telah berjaya mengesan kedudukan SUV berkenaan yang berada 15 meter dari lokasi ia terhumban ke dalam laut dengan kedalaman kira-kira 15 meter.

” Cuma semalam pasukan penyelamat menghadapi beberapa kesukaran kerana keadaan arus yang kuat dan jarak penglihatan di dasar laut terhad berikutan hari semakin gelap, kami harap hari ini semua (usaha mengangkat keluar kenderaan) berjalan lancar,” katanya.

Kereta Mazda CX-5 itu dikatakan telah dipandu oleh Moey Yun Peng, 20, seorang penuntut kolej swasta di sini yang gagal mengawal kenderaan itu menyebabkannya terhumban ke laut setelah berlanggar dengan sebuah kereta lain jenis Toyota Vios di jambatan berkenaan.

Sementara itu, pemandu Toyota Vios yang berumur 21 tahun dikenal pasti sebagai seorang pekerja salon rambut mengalami kecederaan dan kini masih dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru di sini. – Bernama

Lihat video di bawah

“ SELAIN bantuan alat pengesan, saya juga menggunakan gerak hati ketika menyelam bagi mencari kenderaan itu,” kata penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Duyong, Laskar Kanan Mohd Farid Nordin.

Mohd Farid yang juga penyelam pertama menemui kenderaan utiliti sukan (SUV) putih yang terhumban dalam laut itu berkongsi pengalamannya, berkata dia menggunakan gerak hati ketika mengesan SUV terbabit.

“ Sebaik turun dalam laut, memang tidak nampak apa-apa namun bila saya dekatkan mata baru nampak yang ia sebuah kereta.

“ Pencarian itu juga dilakukan berdasarkan video yang tular dan kerana sudah lama buat kerja macam ni, saya turut menggunakan gerak hati,” katanya yang sudah berpengalaman 11 tahun menjadi penyelam.

Menurutnya, dia melihat tayar kiri kenderaan itu terbenam dalam pasir dengan keadaan but terbuka selain tayar kanan belakang terkeluar.

“ Selepas itu, saya terus membuat ‘marking float’ dan naik semula ke atas untuk berbincang bagaimana cara membawa naik kenderaan itu.

“Selepas persetujuan dicapai oleh semua agensi, jadi kita bersetuju menaikkan kenderaan terbabit menggunakan kren,” katanya.

Sumber : Sinar Harian & HMetro