“Terasa Seperti ‘Bang Ramlee’ Masih Ada,” Saling Tak Tumpah Seperti P. Ramlee, Suara Dan Wajah Fairuz Tarik Perhatian Netizen

Teuku Zakarian bin Teuku Nyak Puteh lebih dikenali sebagai seniman agung P. Ramlee merupakan seorang artis versatail sebagai penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu yang berasal dari Pulau Pinang.

Gelaran yang diberi berikutan jasa dan baktinya dalam dunia hiburan sehingga pernah memperoleh pengiktirafan antarabangsa seperti Best Male Lead Role (Festival Filem Asia Ke-4, Tokyo) dan Most Versatile Talent (Festival Filem Asia Ke-10, Tokyo).

Sepanjang hayatnya, beliau berjaya menghasilkan sebanyak 401 buah lagu dan 66 buah filem.

Keunikan beliau menjadi sanjungan masyarakat sehingga kini, dan ada diantara peminat tegar beliau mengagumi bakat sehingga ingin menjadi sepertinya.

Fairuz Misran, jika dilihat sekali imbas, bentuk fizikalnya, wajahnya, dan suaranya sangat mirip kepada seniman tersebut.  Melalui Facebook miliknya, Fairuz sering berkongsi video nyanyian lagu P. Ramlee sehingga ada yang menggelarnya ‘si kembar P.Ramlee.’

Turut sering dijemput membuat persembahan di majlis-majlis luar, ramai yang memuji ketulenan suaranya persis P. Ramlee.

Lenggok dan gaya tarian antara yang menjadi bualan pengikutnya kerana ada yang berpendapat, melihat Fairuz beraksi seperti melepaskan rindu kepada seniman agung Malaysia itu.

Sumber: Fairuz Misran via Siakapkeli