Takdir Allah, Disapa Jutawan Makkah. Lelaki Arab Itu Kongsi Amalan Jadi Kaya Tiba-Tiba..

Ketika menunaikan ibadah di Mekah, lelaki ini disapa seorang individu berbangsa Arab yang sangat berjaya dalam perniagaan. Antara barang dagangannya adalah kurma, gandum, unta, kambing dan macam-macam lagi ke seluruh tanah arab.

Apa yang mengagumkan, walaupun berjaya sehingga mempunyai 10,000 pekerja lelaki tersebut langsung tidak sombong malah memberi tips untuk diamalkan.

Ditakdirkan Berjumpa Hamba Allah Yang Sangat Kaya

Sedikit perkongsian semasa saya di Makkah..

Semasa di Makkah, sy ditakdirkan Allah, berjumpa dengan hamba Allah yang sangat-sangat kaya.. kerjanya adalah berdagang barang-barang keperluan di seluruh tanah arab, seperti kurma, gandum, unta, kambing, dan macam-macam lagi..

Dengan takdir Allah, hamba Allah ini menegur saya sewaktu menunggu azan solat fardu berada betul-betul sebelah saya dalam saf.. Hamba Allah ini tanya saya dari mana, dan saya bagitahu dari Malaysia.. dan dia tanya lagi adakah pertama kali datang ke makkah.. saya menjawab ya.. dia terus memeluk saya dan menyebut kalimah masyaAllah.. semua percakapan dalam bahasa english.. al maklum sebab saya tak reti bahasa arab.. setakat ana anta tu boleh lah.. walaupun sekolah dan universiti saya ambil bahasa arab..

Seterusnya, saya tanyakan dia.. dari mana.. dia cakap dari arab saudi.. dan dia tanyakan saya.. adakah saya student atau sudah bekerja.. saya cakap, saya sudah umur sekian-sekian dan ada perniagaan kecil kecilan.. dan saya tanya pula, apa pekerjaan dia.. dia cakap, dia bantu salurkan makanan dari Allah untuk ke seluruh penduduk tanah arab.. MasyaAllah.. saya sudah agak, dia ni mesti pedagang arab yang hebat.. tapi, saya tanya lagi.. adakah anta berniaga..? Di balas ya.. dan terus naikkan semangat saya untuk terus bersembang dengan dia.. orang nya sangat rendah diri dan sama seperti orang-orang lain di dalam masjid al haram.. takde perbezaan darjat pun.. bukan duduk di carpet istimewa atau ruang istimewa.. dan saya pasti hamba Allah ini adalah millionir mahupun billionir..

‘Not from me, but from Allah SWT’

Maka mula lah sesi interview yang sangat hebat dan tip-tip yang dia bagi pada saya, bagaimana untuk menjadi pembantu Allah dalam dunia ini.. kalau nak jadi pembantu Allah dalam kehidupan harian kita, dalam pekerjaan kita, kita kena apply juga ya.. kalau dah jadi pembantu dan hambaNya.. faham-faham lah.. jadi PA pada orang besar pun dah boleh buat duit kan dengan izin Allah.. ini kan pula Pada Allah s.w.t, tuhan kita sekalian alam.. MasyaAllah..

Maka saya tanya lagi, adakah makanan-makanan yang saya makan di sini tu anta yang supply..? Dia cakap, ya.. dia adalah salah seorang dari beberapa pedagang yang lain.. terus saya sapa, masyaAllah.. dan dia sambung bukan dari dia.. tapi dari Allah s.w.t.. katanya.. in english.. “not from me, but from Allah s.w.t..”

Dia sambung, hamba Allah ini cakap, dia kena jaga pekerjanya seramai 10000 orang di seluruh tanah arab.. masyaAllah.. terus saya rasa macam nak pengsan.. saya jaga beberapa orang pun dah rasa macam tak tentu hala.. ini kan pula 10000 orang.. MasyaAllah.. jadi, sudah faham kan, sejauh mana perniagaan hamba Allah ini jika mempunyai pekerja 10000 orang..

Saya tanya dia, macam mana boleh sampai tahap macam ni.. dia terus cakap.. semua nya kerana Allah yang bagi dan amanahkan pada dia.. dulu dia seorang yang miskin, berdagang seperti pedagang-pedagang kecil yang lain.. yang membantu emak dia jual barang-barang keperluan di tepi-tepi jalan.. dan semua nya sekelip mata, bila hamba Allah ini buat tips yang dia bagi pada saya ini.. ringkas dan mudah.. conversation tak boleh panjang, sebab dalam masjid dan orang dah azan.. maklum lah..

Apa yang tips dia bagi.. untuk apply..?

(1) Solat fardu 5 waktu jangan tinggal

(2) Jaga solat awal waktu, sebelum azan harus ada di dalam masjid-masjid yang terdekat.. sebab Allah memanggil kita, kenapa kita harus sombong tak nak pergi.. seperti Allah ingin memberikan sesuatu dan panggil kita ke rumahnya, tak logik kalau kita tak nak pergi..

(3) Solat sunat duha dan tahajjud jangan sesekali tinggal.. minimum 4 rakaat 2 rakaat setiap solat. Ini sebagai seolah-olah pintu belakang kita dengan Allah s.w.t..

(4) Solat taubat setiap hari..

(5) Doa.. dan doa nya adalah, Ya Allah, kau anugerahkan lah aku perniagaan besar dan barkah yang dapat aku bantu seluruh umat islam di muka bumi ini. Itu sahaja..

(6) Zakat dan Sedekah..

MASYAALLAH…. semuaNya di atas kehendakNya.. kita penuhkan semua tips yang Hamba Allah ini bagi.. insyaAllah.. rezeki perniagaan kita semua akan terbentang luas, kerana niat perniagaan kita dan menjalankan amanah yang kita janjikan itu..

InsyaAllah, dengan apa yang saya kongsikan ini akan mendatangkan satu anugerah dari Allah s.w.t yang hebat yang tak semena-mena kita jangkakan kan.. insyaAllah.. saya doakan kawan-kawan yang membaca ini berjaya di dunia dan akhirat di limpahkan rezeki oleh Nya..

Salam..

(saya guna istilah pembantu ini sekadar perkataan hambaNya yang menjalankan amanah ya.. sbb Allah maha besar, sekelian alam. Faham ya..)

Sumber : Nik Hilman via https://realmerah.com