Tak Tahan 7 Tahun Dinoda Bapa Tiri, Mangsa Akhirnya Buat Laporan Polis

Alangkah sedihnya apabila kesucian seorang gadis yang baru sahaja menginjak remaja diragut oleh bapa tirinya sendiri. Mangsa mengakui bahawa bapa tirinya itu telah menodainya sejak tujuh tahun yang lalu.

“Dia (ayah tiri) ditugaskan kejut saya ke sekolah setiap pagi. Pada 2012 (Tingkatan 1) dalam keadaan tak sedar, beliau telah meraba buah dada saya dan ianya berlarutan sehingga 2013.

Pada 2014, ketika itu saya sedang tidur di bilik atas lantai, adik-adik tidur di bilik sendiri dan ibu balik kampung, ayah tiri ada kunci pendua bilik saya dan ayah tiri bukak pintu bilik tanpa saya sedari. Saya hanya sedar apabila merasakan ada sesuatu yang hempap badan saya dan cuba untuk menjerit. Dia menutup mulut saya dan membuka seluar saya dan melakukan hubungan seks tanpa kereleaan saya. Kes ini berlarutan sehingga tahun ini, dan kali terakhir dia menyentuh saya adalah pada 26.08.2018.”

Menurut mangsa, ayah tirinya itu sering membuat perkara tidak senonoh tersebut semasa ibunya keluar berniaga mahupun balik kampung. Mangsa juga sering diugut agar merahsiakan hal tersebut daripada pengetahuan sesiapa kerana lelaki tersebut mungkin bimbang pengakhirannya yang akan membawa kepada penceraian.

“Pernah jika saya lewat haid beliau mesti bertanya dan menyuruh minum air coca cola atau air nenas. Kalau air mani tak pernah buang dalam, selalu nampak dikain yang dibawa olehnya. Tidak pasti (beberapa kali), jika terlepas, pasti dicepat-cepat korek semula air mani itu supaya keluar kembali.”

Tidak tahan diperlakukan seperti binatang, mangsa membuat keputusan untuk memberitahu tentang perbuatan jahat lelaki tersebut kepada kakaknya pada 28 September yang lalu, sebelum mereka berdua lari ke rumah salah seorang ibu saudara yang berdekatan. Selepas berbincang dengan ibu saudaranya, mangsa bersetuju untuk membuat laporan polis.

Remaja berumur 19 tahun itu juga mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila ibunya tetap menyebelahinya sebaik sahaja mendapat panggilan telefon daripada pihak polis. Lelaki durjana tersebut telah direman selama 14 hari dan maklumat terkini mengatakan manusia yang bertopengkan syaitan itu akan segera dihadapkan ke mahkamah.

Sumber : FB Syed Azmi via ohmymedia.cc

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *