Tak Pernah Sarapan Pagi, Derita 2,000 Batu Karang Dalam Hempedu

Pasti semua tahu pentingnya sarapan pagi lebih-lebih lagi untuk memberikan tenaga memulakan hari baru. Namun disebabkan tabiat wanita berasal dari Guiyang, Guizhou ini yang tidak pernah bersarapan pagi, dia terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit perut yang teruk.

Menurut sumber, wanita itu mengalami rasa sakit yang amat sangat segingga terpaksa dibedah. Namun apa yang mengejutkan. doktor menemui dibuat batu bersaiz kurang 1cm memenuhi hempedu wanita tersebut.

Wanita itu memberitahu, dia sudah lama diserang sakit tersebut namun cuba menahan sakit apabila rasa sakit itu datang dan membuatkannya lali.

Menurut doktor bertugas, batu yang dijumpai itu adalah batu karang dengan saiz antara 0.2 hingga 1 cm.

Doktor memberitahu punca batu karang disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya disebabkan oleh amalan gaya hidup yang tidak sihat dan tidak menjaga cara pemakanan.

Pesakit dikatakan tidak pernah mengambil sarapan dan mengamalkan diet buruk dengan asyik makanan berminyak serta gemar memakan organ dalaman haiwan, serta tidak banyak minum air kosong.

Sumber: https://www.vitdaily.com