“Tak Malu Ke Peluk Bini Orang? Macam Sengaja Nazim Othman Nak Ambil Kesempatan”

Nama Nazim Othman memang panas kebelakangan ini. Ada sahaja isu yang dikaitkan dengan dirinya.

Kali ini lagi hebat kena hentam sebab didakwa sengaja mengambil kesempatan terhadap Aprena Manrose.

Dalam video yang dimuat naik Aprena, dia sedang menari ala-ala Hindustan dengan Nazim.

Entah macam mana, boleh pula Nazim tiba-tiba jatuh di belakang Aprena lalu mereka pun bergelak tawa.

Mungkin disebabkan lucu, Aprena berkongsi penggambaran di sebalik tabir itu kepada peminatnya.

Namun lain jadinya bila ramai netizen yang berasa kurang selesa melihat telatah mereka berdua.

Lebih-lebih lagi Aprena adalah isteri orang. Kata mereka, suami Aprena tak marah ke isterinya dipeluk orang lain?

Tidak mahu terus dikutuk, Aprena telah membalasnya kembali dengan menyatakan,

“Video saya post ni sebab nak tunjuk part kelakar. Janganlah negative sangat ya netizen kesayangan.”

Maafkanlah mereka berdua, lagi pun bukan sengaja. Tak begitu?

Sumber: CARI Forum

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *