Tak Dapat Duit Beli Dadah, Suami Tendang Maggie Baru Dimasak Isteri

BERGELAR seorang isteri kepada penagih dadah bukan satu tugas yang mudah. Malah, kebanyakan perkahwinan yang dicemari dengan dadah ini selalunya berakhir dengan penceraian.

Baru-baru ini viral di media sosial gambar memaparkan satu kuali maggie tumpah di atas lantai sehingga menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Rupa-rupanya kisah di sebalik maggie itu ada kaitan dengan kes penagihan dadah melibatkan ketua kepada keluarga berkenaan.

Menerusi perkongsian oleh sebuah page Facebook, si isteri meluahkan rasa terkilannya kerana suaminya sanggup menendang maggie yang menjadi hidangannya sekeluarga kerana gagal mendapatkan wang untuk membeli dadah.

Ikuti perkongsian wanita itu di bawah:

Sudahlah kami ini miskin. Suami tak boleh kerja, asyik menagih. Saya nak kerja tapi hanya boleh kerja kampung. Ambil upah kemas rumah orang dan buat kerja-kerja kampung.

Jadilah sehari dapat RM10. Nak kerja kilang ada anak kecil, anak 5 orang semua masil kecil.

RM10 tu boleh beli apa sangat. Satu hari, saya beli maggie sebungkus besar dan telur 5 bijik untuk jamu anak. Sehari dapat makan sekali je.

Lepas tu suami tiba-tiba masuk rumah. Saya ajak dia makan tapi dia mintak duit nak beli dadah.

Saya kata tak ada duit, baru beli maggie untuk makan.

Dia mengamuk sebab tak dapat duit, habis ditendangnya maggie yang baru masak.

Semoga kisah ini menjadi tauladan kepada kita semua supaya menjauhi najis dadah. Ingatlah, sekali kita terjebak pasti sukar untuk kembali ke pangkal jalan.

Kepada mereka yang sudah ada dalam dunia penagihan dadah, masih belum terlambat untuk anda bertaubat.

Jika ada keluarga, renung dan tataplah wajah anak atau isteri anda moga-moga terbit rasa menyesal dalam diri seterusnya berubah ke arah yang lebih baik.

Sumber: http://kulihatlangitbiru.com