Sungguh-Sungguh Kuruskan Badan, Akhirnya Kena Tinggal – Zulin Aziz

Hati siapa yang tidak merasa perit apabila hubungan cinta yang diharapkan berkesudahan di pelamin akhirnya telah berakhir dengan penuh kekecewaan.

Begitulah perasaan pahit Zulin Aziz yang telah berpisah dengan kekasihnya. Lagu yang telah direka khas untuk bakal suami bagi tema perkahwinan mereka juga terpaksa ditukar liriknya.

Dia memuat naik luahan hatinya itu di Instagram dan bertegas apa yang terjadi bukanlah gimik yang sengaja dilakukan untuk lagu barunya itu.

Dia pernah berkongsi tentang perancangan mahu berkahwin dan itulah yang didoakan olehnya ketika bertahajud.

Persiapan kahwin juga sedang dilakukan namun apakan daya jodoh tidak berpanjangan. Punca perpisahan itu juga tidak dikongsikan pada umum kerana ianya terlalu peribadi.

Bersimpati dengan apa yang dilalui oleh Zulin. Harap dia sentiasa kuat semangat untuk meneruskan hidupnya. Banyakkan berdoa dan Zulin pasti menemui hikmahnya nanti.

Sumber: CARI Forum

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *