Sungguh Kejam. Amah Pakistan Ini Diseksa, Direnjat Elektrik Hingga Mati! Mayat Ditemukan Dalam Longkang Hanya Kerana…

Kes membabit penderaan pembantu rumah atau amah kerapkali dilaporkan. Apa yang menyedihkan, bukan sahaja didera dari segi emosi, malahan turut membabitkan kecederaan fizikal sehingga ada yang mengakibatkan kematian.

Dunia sekali lagi dikejutkan dengan kematian tragik amah berusia 15 tahun dari Pakistan, Uzma Bibi yang menemui ajal di tangan majikannya yang tidak berhati perut.

Bekerja sejak 8 bulan lalu

Kematian Uzma yang tinggal dan bekerja bersama majikannya di Lahore, Pakistan sejak 8 bulan lalu menimbulkan kemarahan netizen tempatan dan luar negara. Foto mayat Uzma yang ditemukan di dalam longkang viral di media sosial sehingga netizen mendesak kerajaan Pakistan mengambil langkah drastik menanganinya.

Turut dimuatnaik adalah keadaan menyedihkan Uzma yang kurus keding dan tidak bermaya dan kekurangan zat.

Direnjat elektrik ketika pengsan

Menurut laporan stesen televisyen negara itu, gadis berkenaan dikatakan kerap kali dipukul dan mengalami keretakan tulang ekoran penderaan itu. Malahan dia juga terpaksa tidur di dalam bilik air pada waktu malam. Apabila keluarganya datang untuk melawat, majikannya mengatakan Uzma ke luar daerah.

Awal minggu ini, Uzma dihentam dengan objek tajam oleh majikannya kerana mengambil sedikit makanan dari anak majikannya. Selepas dia tidak sedarkan diri, majikan bertindak merenjat elektrik menggunakan wayar di rumah mereka. Dunya TV pula melaporkan gadis malang itu dicekik dan mayatnya dicampak ke longkang.

Sudah ditahan

Menurut parti pemerintah Pakistan Tehreek-e-Insaf menerusi Twitter mereka mengesahkan 3 suspek sudah ditahan untuk membantu siasatan. Bapa Uzma juga turut diberi jaminan untuk diberi sokongan demi keadilan anak gadisnya itu.

Senator negara itu, Shery Rehman dalam satu kenyataan berkata video yang tersebar perlu disiasat dengan secepat mungkin. Lokasi Uzma didakwa diseksa dan didera sebelum ditemui mati perlu diketahui. Menteri hak asasi manusia perlu bertindak, tangkapan perlu dijalankan segera.

Sumber: OHBULAN