Suka ‘Cas’ Telefon Ketika Tidur, Akhirnya Mengundang Padah. Rumah Hampir Terbakar

Menjadi kebiasaan ramai antara kita yang caj telefon dan letak berhampiran tilam sebelum tidur. Rupanya tabiat buruk ini boleh membahayakan diri apabila telefon boleh meletup dan terbakar.Dalam kejadian baru-baru ini, seorang kerani bank melecur di lengan selepas tersentuh pintarnya yang dipercayai terlebih cas di rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam, awal pagi.

TILAM TERBAKAR

Kejadian jam 4.20 pagi itu hampir menyebabkan kebakaran apabila tilamnya mulai terbakar, disyaki kesan suhu tinggi telefon pintar berkenaan.

Nur Filzah Abdul Rahman, 24, berkata telefon pintar yang dicas itu diletak di atas tilam.

“Saya mengecas telefon pintar sebelum tidur dan biasanya saya letakkan di lantai, namun malam itu saya letakkan di atas tilam sebelah kiri saya.

“Saya terjaga kira-kira jam 4.20 pagi apabila berasa panas di belakang badan. Ketika mengiring ke kiri, saya terkuis telefon dan lengan saya terasa pedih.

“Saya terus menghidupkan suis lampu dan sebaik keadaan terang, baru saya sedari bilik dipenuhi asap dan tilam saya berbara,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Filzah berkata, tilam berkenaan disyaki terbakar akibat suhu panas telefon pintarnya.Beliau dan rakan serumah bergegas mengambil sebaldi air dan dicurah ke atas tilam bagi mengelak kebakaran sebelum ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Semoga wanita ini cepat sembuh dan kisah ini menjadi pengajaran buat kita, agar lebih berhati-hati dan tidak meletakkan telefon berhampiran dengan diri ketika tidur dalam jangka masa yang panjang.

Sebab Mengapa Telefon Pintar Boleh Meletup & Ini Yang Perlu Korang Tahu

Perkara ini bukan lagi mitos malah ia telah berlaku beberapa kali di kuar negara dan di negara kita sendiri. Malah, dalam beberapa hari ini negara kita gempar memperkatakan tentang kematian seorang CEO sebuah syarikat yang terkorban akibat telefon pintarnya meletup.

Mengapa perkara ini boleh berlaku? kami merasakan sudah tiba masanya untuk kita memandang isu ini dengan lebih serius memandang ia bukan sahaja boleh mencederakan malah boleh mendatangkan maut.

Adakah kita mahu sebuah device yang boleh bertindak seperti time-bomb di dalam poket seluar atau di sebelah kepala ketika ia dicas ketika tidur?

Mungkin kita terlupa bahawa telefon pintar menggunakan bateri yang memperolehi ‘kuasanya’ daripada sumber elektrik luar. Disebabkan itukah amat penting untuk kita ketahui kepetingan cara mengecasnya dengan baik dan betul.

BERIKUT MERUPAKAN BEBERAPA PUNCA BAGAIMANA TELEFON PINTAR BOLEH MELETUP.

  1. Bila 2 konduktor dalam bateri bersentuhan antara satu sama lain, mengakirkan kuasa (dan haba) ke dalam elektrod lalu menyebabkan berlakunya letupan.
  2. Terlebih cas; dan bila berlaku pada bateri yang mempunyai masalah ia berpotensi untuk meletup
  3. Terdedah di tempat panas melampah seperti di dalam kereta yang terdedah kepada cahaya matahari
  4. Pengecasan pantas terutama daripada pengecas tidak berkualiti dan tak diiktiraf kesamatannya.

Bagi kami, perkara pertama untuk korang elakkan daripada terdedah dengan bahaya ini adalah jangan gunakan aksesori pengecasan yang tidak mendapat kelulusan piawaian keselamatan.Jangan kerana nak berjimat tetapi nyawa korang boleh terancam. Takkan handphone harga RM1000 ke atas boleh beli tetapi nak beli aksesori pun berkira?

Pengalaman daripada admin sendiri pun.Pernah masa zaman study dulu kwn beli cable  dan pengecas iphone di satu pusat beli belah. Beliau teruja dengan pengecas itu disebabkan harganya sangat murah. Cuma RM 5 untuk pengecas Iphone. Tapi malang nya bila dia guna pengecas tu rumah biliau di kampung hampir litar pintas dan mujur bilau sedang mengecas powerbank. Power bank beliau meletop dan terbakar. Kalau Iphone yang meletop,melopong lah gara-gara guna pengecas murah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *