“Sory, I Tak Nak Dan Tak Akan Jadi Lelaki.” -Tolak Tawaran Jumpa Mufti WP, Safiey Illias Tak Nak Berubah?

Usahawan transgender kosmetik terkenal Safiey Illias, baru-baru ini telah menerima lamaran daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri yang menyatakan hasrat beliau untuk mengadakan pertemuan dengan Safiey Illias.

Dalam muat naik status di Facebook, Mufti Wilayah Persekutuan itu mengajak Safiey Illias ‘mengeteh’, dan dalam pada masa sama, inginkan pemuda itu kembali ke jalan Allah. Surat terbuka daripada Ustaz Dr. Zulkifli untuk Safiey Illias telah tular di laman sosial.

Marilah Safiey, datang ke pejabat saya. Kita ‘mengeteh’ bersama

Saya taknak netizen, expect lebih-lebih

Setelah surat terbuka Mufti Wilayah Persekutuan itu tular, Safiey Illias telah menjawab surat tersebut menerusi satu muat naik di Instagram.

Menyifatkan bahawa dirinya tidak bersedia dan tidak mahu berjumpa golongan agamawan, Safiey tidak mahu masyarakat terlebih membuat spekulasi apabila dia berjumpa dengan Mufti Wilayah Persekutuan.

Bukan xnk jumpa mufti , tp nanti masyarakat suka expect too much . Balek jumpa mufti mesti berubah jd laki . Lepastu benda lain lg org akan cakap , marketing lah tu nk keluar lagu baru , produk baru . ATAU lagi 1 penunggang agama . Pastu lagi 1 , bodoh la dia ni memang hati hitam dh jumpa mufti masih x berubah . Syinta dh serik dah hahaha . Jumpa ustaz ebit haritu pun korang expect mcm2. Salah ke nk g belajar ilmu agama tambah ilmu . Janji kita tahu kita ni berdosa jahil masih terdetik hati nak keluar dakwah 3 hari. Ada yg nak tambah?

Tak nak dan tak kan jadi lelaki. Sory!

Di ruangan komen, ramai yang meminta supaya usahawan itu berjumpa dengan Ustaz Zulkifli, mungkin hatinya akan terbuka untuk berubah.

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah jawapan balas daripada Safiey Illias di laman komen, iaitu “Tak nak dan tak akan jadi lelaki.”

Sumber: Ohmymedia.cc