Sewa Kuarters Penjawat Awam Naik Dua Kali Ganda?

Kuarters penjawat awam di Putrajaya dipercayai naik dua kali ganda sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil tampuk pemerintahan kerajaan sejak Mei tahun lalu.
Menurut akaun Facebook Isham Jalil, penduduk yang duduk di kuaters kerajaan berkenaan perlu membayar sewa RM800 sebulan berbanding sebelum ini yang hanya sekitar RM400 sebulan.

“Jika dahulu penjawat-penjawat awam di sini hanya membayar RM400 hingga RM500 untuk sewaan pangsapuri gred rendah dan sederhana, kini mereka terpaksa membayar hampir dua kali ganda sehingga RM700 ke RM800 sebulan.” ujarnya.

Menurutnya, jumlah kenaikan itu sangat membebankan terutama penjawat awam yang mempunyai gred rendah dan sederhana.

“Mengikut alasan Kerajaan PH, kenaikan ini adalah untuk menampung kos selenggaraan.

“Untuk makluman pemimpin Kerajaan PH yang membuat keputusan ini, semasa Kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu sewaan kuarters adalah kekal rendah bukan kerana kos selenggaraan yang murah.” ujarnya.

Menurut Isham, pengurusan sewa kuarters penjawat awam ini bukanlah satu perniagaan mementingkan untung rugi seperti perniagaan hartanah swasta.

“Kini nasib penjawat awam semakin tertekan di bawah Kerajaan PH ini. Sudahlah kenaikan gaji dibatalkan, kos sewa kuarters pula dinaikkan dengan mendadak.

“Saya mahu Menteri yang bertanggungjawab memberi penjelasan. Adakah hal kenaikan ini juga disebabkan kekurangan wang akibat ketirisan SST?” ujarnya

Sumber: Utusan Online