“Selesa Solo, Tak Payah Sesak Kepala Untuk Bercinta”

Memiliki wajah jelita dan bergelar usahawan berjaya, boleh dikatakan pelakon dan pengacara Neelofa antara selebriti paling popular di Malaysia. Bukan itu saja, nama Neelofa juga semakin mendapat tempat di mata jenama antarabangsa.

Namun pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa sehingga hari ini Neelofa masih belum ingin bercinta. Hidupnya kini lebih bahagia, Neelofa mengakui dia lebih selesa solo tanpa pening memikirkan soal cinta.

“Anda rasa saya ada masa untuk pening kepala fikir soal cinta sekarang? Saya rasa, ini momen paling bahagia. Saya selesa solo dan tak payah sesak kepala untuk bercinta.

“Memang selalunya, sebelum ini hati ini ditemani seseorang tapi sampai satu ketika saya selesa sendiri. Bagus sangat rasa itu,” katanya.

Terdahulu, Neelofa pernah bercinta bersama Hans Isaac selama dua tahun sebelum putus pada 2014 dan kemudian bercinta pula dengan pelakon sensasi Fattah Amin, namun hubungan mereka tidak bertahan lama.

Sumber: Rotikaya