Selepas Ramalan Kiamat 2012 Tak Betul, Kaum Maya Tak Putus Asa, Ramal 2019 Dunia Akan Hancur

MASIHKAH anda ingat mengenai ramalan kaum Maya mengenai kehancuran dunia pada tahun 2012?

Biarpun ramalan tersebut tidak menjadi kenyataan, seorang ahli teori menyifatkan tarikh tersebut sebagai permulaan kepada kitaran tujuh tahun, yang mana dia meramalkan dunia akan berakhir pada 2019.

Malah katanya, tahun ini juga menandakan permulaan kepada pengakhiran dunia, atau lebih tepat, kiamat.

Penulis teori berkenaan, David Montaigne berkata, dia meramalkan kitaran tujuh tahun itu akan berakhir pada 21 Disember tahun ini.

Kaum Maya pernah membuat ramalan kiamat pada 2012.

“Asas kepada pengakhiran ini bertitik tolak daripada banyak sumber kuno yang memberi amaran mengenai hal ini.

“Ia sudah memberi amaran terperinci mengenai pengakhiran dunia khususnya menerusi buku, mitos dan monumen.

“Petunjuk paling nyata adalah dari segi astronomi. Mereka memberi bayangan bagaimana keadaan langit apabila dunia berakhir.

“Kini kita ada perisian astronomi moden, mudah untuk kita cari petunjuk,” katanya.

Tambah Montaigne lagi, selain ramalan kaum Maya, petunjuk mengenai pengakhiran dunia turut diperkatakan oleh orang Mesir.

Dalam pada itu, ramai yang meragui kenyataan Montaigne kerana dia pernah membuat ramalan salah sebelum ini.

Beberapa tahun sebelum ini, dia membuat ramalan mengenai kedatangan anti-christ pada 2016. Namun ramalan tersebut nyata tidak benar sekali

Sumber: Mstar Online