“Saya Tak Boleh Tahan…” – Wanita Psiko Tikam BFF Lelaki Supaya Perempuan Lain Tak Boleh Dapat Dia

“Kalau aku tak boleh dapat kau, orang lain pun tak boleh.”

Perumpaan ini memang sesuai dengan insiden mengejutkan yang berlaku di Tokyo, Jepun baru-baru ini. Menurut Mothership, seorang wanita berusia 21 tahun telah ditahan kerana menikam kawan lelakinya di lobi sebuah apartmen.

Tapi, selepas berbuat demikian wanita bernama Yuka Takaoka tu sendiri telah hubungi pihak polis pada 23 Mei dan memberitahu dia telah menikam kawan lelakinya. Pihak polis kemudian segera ke lokasi kejadian dekat sebuah apartmen terletak di Shinjuku, Tokyo dan terus menahan Yuka. Menurut polis, dia menikam mangsa menggunakan pisau dapur.

Ketika polis dan pasukan penyelamat tiba, lelaki tersebut dilihat terbaring dengan keadaan yang sangat teruk dan Yuka berada disampingnya dengan keadaan berlumuran darah.

Ketika disoal siasat, Yuka nampak sangat relaks sambil menghisap rokok. Dia mengaku berbuat sedemikian kerana terlalu sukakan mangsa yang juga merupakan teman rapatnya.

Saya terlalu sukakan dia, saya tak tahan. Plan asal saya sebenarnya untuk membunuh dia kemudian saya mahu membunuh diri.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan lewat 20an kemudian dibawa ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dengan dua kesan tikaman di bahagian perut. Orang ramai kini membuat spekulasi bahawa Yuka mempunyai masalah sakit jiwa meskipun nampak normal.

Malah, melalui thread di Twitter, ada yang menggelar Yuka sebagai ‘real life Yandere’. Yandere adalah satu karakter terkenal di Jepun. Karakter ini pada mulanya nampak baik, penyayang dan lemah lembut tetapi boleh bertukar menjadi agresif, gila dan homisid.

Ada juga yang berkata Yuka buat macam tu sebab tak boleh terima kalau ada perempuan lain menjalinkan hubungan dengan mangsa. Fuh psiko!

Sumber: Lobakmerah.com