”Saya Akan Teruskan Hidup Tanpa Aliff,” Sekian Lama Bertahan, Bella Pilih Hidup Sendiri?

Timbulnya kontroversi di media sosial pada hari ini apabila Aliff Aziz sekali lagi didakwa curang dengan seorang gadis remaja. Setelah memafkan suaminya sebelum ini dan mengambil keputusan berdiam diri bagi menyelamatkan rumah tangga, Bella Astillah akhirnya mengeluarkan kenyataan.

Menerusi laman Instagram miliknya, Bella menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang mengambil berat ke atas apa yang berlaku selama perkahwinannya bersama Aliff. Setelah berfikir sedalamnya, dia kini mengambil keputusan untuk meneruskan hidup bersama anaknya tanpa kehadiran Aliff.

Namun, dia berharap agar orang ramai dapat berhenti untuk menghantar mesej mengenai suaminya atau membuat spekulasi mengenai isu ini. Ikuti perkongsian Bella seperti di bawah.

Assalamualaikum.

Terima kasih atas pendapat anda semua tentang pergelutan perkahwinan saya. Ia tidak mudah, tetapi saya tahu ada di antara kamu yang mempunyai niat baik untuk menghubungi saya sementara ada juga yang berniat jahat memanggil saya sebagai orang paling bodoh dalam dunia kerana cuba mempertahankan perkahwinan saya yang gagal.

Setelah dipertimbangkan segala-galanya, secara fizikal dan mental, akhirnya saya membuat keputusan untuk meneruskan hidup saya tanpa Aliff. Saya mahu yang terbaik untuk anak saya.

Sangat sangat menghargainya jika orang ramai berhenti menghantar dm, panggilan dan mesej kepada saya untuk terus bercakap dan berspekulasi mengenai isu ini. Saya telah memberitahu apa yang saya fikirkan, apa yang saya minta adalah anda menghormati keputusan saya dan memberikan saya ruang untuk menghadapi waktu-waktu sukar ini.

Terima kasih daripada hati saya. Meneruskan hidup bersama askar kecil saya. Terima kasih atas semua sokongan terutamanya keluarga saya.

Sumber: Siakapkeli.my