“Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang & Anda Akan Menyesal” – Cucu Zahid Hamidi

Ahmad Zahid Hamidi, yang kini telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2 juta selepas ditahan dengan 45 jenis pertuduhan itu dikatakan mempunyai sebuah keluarga yang sentiasa berada bersamanya

Salah seorang ahli keluarganya merupakan cucu perempuan berusia 9 tahun yang bernama Sofee.

Baru-baru ini, dalam satu klip video yang telah dimuat naik oleh ibunya Nurulhidayah Ahmad Zahid, Sofee memberitahu pihak lawan datuknya bahawa “saya akan membuatkan anda menyesali hidup anda dan saya akan memastikan hidup anda tidak akan aman.”

Dalam klip berdurasi 28 saat itu kelihatan bahawa ibu kepada cucu perempuan presiden UMNO itu telah melatih anaknya itu untuk memberikan ucapan berunsur ‘ugutan’ bagi memberikan sokongan padu buat Zahid Hamidi.

Video tersebut telah dimuat naik sendiri oleh ibunya di laman Instagram kira-kira dua hari yang lalu. Video tersebut juga telah meraih sebanyak 94,598 ribu tontonan. Namun, bahagian komen posting video itu telah ditutup oleh Nurulhidayah Ahmad Zahid sendiri.

 

View this post on Instagram

 

#solidarityforgrandpa #beranikeranabenar

A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurulzahid) on

Berdepan 45 pertuduhan, Zahid mengaku tidak bersalah

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas sejumlah 45 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram, melibatkan dana sebuah yayasan.

Beliau berdepan 10 pertuduhan pecah amanah wang milik Yayasan Akal Budi dan lapan tuduhan rasuah berjumlah RM42 juta.

Selain itu, beliau turut didakwa atas 27 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM72 juta.

Mahkamah membenarkan Presiden UMNO itu diikat jamin RM2 juta bagi kesemua 45 pertuduhan.

Bekas timbalan perdana menteri itu dibenarkan membayar ikat jamin secara ansuran sehingga selewat-lewatnya 26 Oktober, dengan seorang penjamin, dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *