Rotan Pelajar Perempuan, Bekas Pelajar Tampil Pertahankan Tindakan Guru

Shah Alam – Tular video seorang guru dimarahi ibu kepada seorang pelajar perempuannya yang telah dirotan guru bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sutera, Johor

Bharu, sejak semalam, beberapa bekas pelajar tampil menceritakan budi baik dan komitmen guru tersebut ketika mengajar.

Seorang bekas pelajar SMK Sutera, Siva N Eswaran tampil mempertahankan tindakan bekas gurunya yang merotan seorang pelajar perempuan kerana mengeluarkan kata-kata biadap.

Remaja tersebut menjelaskan, guru  lelaki yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu itu seorang guru yang baik, jarang sekali mahu merotan.

Menurutnya lagi, guru tersebut hanya mahu memberikan pengajaran agar pelajarnya menjadi insan yang berjaya dan berguna pada suatu hari nanti.

“Dia cikgu BM saya, belajar dengan dia selama lima tahun, dan kenal dia lapan tahun sehinggalah sekarang.

“Dia memang jarang pukul anak murid dia… jarang sangat-sangat. Memang baik orangnya, sebab dia lah BM saya fasih sekarang, di sebabkan cikgu-cikgu sekolah itu rotan saya, sekarang saya di Universiti,” luah Siva di facebooknya.

Selain itu, Siva turut menyifatkan, ibu bapa pelajar tersebut gagal membentuk anak mereka menjadi anak yang menghormati orang lain.

Seorang lagi bekas pelajar yang dikenali sebagai Yepin Khoo turut menyatakan tanda sokongan kepada guru tersebut. Katanya, guru tersebut seorang seorang yang penyabar dan sentiasa mengambil berat perihal pelajarnya. Ikuti luahan Yepin Khoo di facebooknya.

“Beliau adalah guru Bahasa Melayu saya, guru kelas saya.

Dia sentiasa akan menjadi guru terbaik saya

“u always is my great teacher”

Saya bersekolah di sekolah itu selama 5 tahun. 3 hingga 4 tahun saya di bawah didikannya. Walaupun tidak suka bahasa Melayu, beliau tetap mengajar saya dengan penuh sabar. Apabila kami letih, kami akan diberi sedikit masa untuk berehat sebelum beliau menyambung pengajarannya kembali.

Adakalanya, beliau akan membelikan makanan untuk kami, kerana beliau risau kami kelaparan selepas aktiviti. Tindakannya itu bertujuan untuk menjadikan kami lebih fokus di dalam kelasnya.

Saya akan berulang kali bertanya soalan yang sama. Namun, beliau tidak pernah berasa marah dan rasa terganggu. Sebaliknya, masih bersabar dan perlahan-lahan menjelaskannya kepada saya. Saya tidak begitu mahir dalam subjek bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu. Dia pula seorang guru berbangsa Melayu tetapi tahu berbahasa Cina.

Walau bagaimanapun, beliau sentiasa cuba melakukan yang terbaik untuk saya mudah memahami apa yang cuba diajar dan disampaikannya. Dia juga sentiasa risau dengan keputusan peperiksaan saya. Takut ujian SPM Bahasa Melayu saya tidak mendapat gred yang memuaskan.

Akhirnya, Bahasa Melayu saya telah mendapat gred yang baik di bawah ajarannya. Selama ini apa jenis ejekan telah kami berikan kepadanya. Tapi kami sentiasa gembira. Oleh sebab nada suaranya agak tinggi, kita akan mengusiknya dengan dengan memanggilnya ‘Ah gua’, tetapi sebenarnya beliau tidaklah mempunyai sifat-sifat feminin.

Setiap kali kami lontarkan usikan, beliau tidak pernah berkira dengan kami, tidak pernah marah kami. Hanya pelajar yang duduk di sekolah ini, alumi, dan juga mereka yang pernah menjadi muridnya sahaja mengetahui situasi tersebut yang menyebabkan guru itu hilang sabar. Memukul memang salah guru. Gagal mengawal emosi juga memang salah guru.

Tetapi adakah kalian tahu situasi sebenar dan selami hati guru tersebut? Secara terus terang, sebenarnya beliau langsung tidak pernah memukul kami. Pernahkah kalian berfikir, betapa besar cacian seperti ini akan memberi kesan kepada seseorang? Mengapakah begitu banyak orang akan menghidapi penyakit murung belakangan ini?

Saya percaya bahawa semua orang mengetahui sebab-sebab tersebut. Saya tidak boleh menghentikan perkembangan situasi ini. Saya hanya membuat penjelasan demi guru saya. Jangan beritahu saya apa yang berlaku terlalu teruk. Dahulu, mana-mana pelajar tidak pernah dipukul seperti ini?

Kini, hanya sesetengah orang lemah dalam hati. Sekarang berita sebegini. Petikan dalam laman-laman sosial media Telah menyebabkan keganasan siber, buli siber. Tiada cara untuk menghalangkan insiden ini berlaku. Memang malang bagi semua pihak yang terlibat.

Saya percaya pada guru saya, saya tidak memaksa kalian untuk mengikut saya. Jika seorang guru tidak baik, Saya percaya bahawa tiada pun pelajar akan tampil untuk mempertahankan guru ini.

Kini, saya seorang alumni

Junior junior saya

Kakak abang senior saya

Semua tampil untuk tolong menjelaskan perkara ini

Mohon semua berfikiran waras.

Saya tidak mengatakan siapa yang betul atau salah, tetapi jangan menyasarkan kepada satu pihak sahaja.”

Sumber: https://www.gpsbestari.com