Remaja 18 Tahun & Bayi Meninggal Ketika Bersalin Dalam Tandas Rumah

PARIT BUNTAR – Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun meninggal dunia ketika melahirkan anaknya di dalam bilik air rumahnya di Taman Tenggara di sini petang tadi.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, remaja tersebut ditemui meninggal dunia oleh ahli keluarganya di dalam bilik air bersama bayinya sebelum satu laporan polis dibuat.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

“Mayat remaja dan anaknya itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya secara ringkas.

Sumber: Kosmo Online

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *