Realiti, Ramai Lelaki Pasang Niat Cari Isteri Kerja Kerajaan & Gaji Besar, Ada Peluang Boleh Goyang Kaki!

Dalam mencari pasangan untuk dijadikan suri hati, tidak dapat dinafikan ada lelaki yang jenis yang suka mengambil kesempatan, mencari isteri yang berpangkat, kerja kerajaan dan bergaji besar untuk menumpang senang dan goyang kaki.

Bila memiliki isteri yang ekonominya stabil, ramai suami yang melepaskan tanggungjawab dan sering mempergunakan isteri demi kepentingan diri sendiri.Meskipun tak semua lelaki mempunyai tujuan begini ketika berniat untuk berkahwin, namun realitinya golongan ini wujud.

Berikut pengalaman dan pandangan yang dikongsikan oleh Muhammad Ahmad ;

Bila berbual dengan kawan-kawan bujang. Kebanyakkan berhasrat mahu cari isteri berpangkat guru atau pekerjaan dalam sektor kerajaan. Termasuklah minta ‘matt tolong carikan aku doktor perempuan, kau mesti ada kawan-kawan doktor yang belum kahwin. best sikit isteri doktor ni,gaji besar”.

Alasannya senang nanti guna nama isteri buat loan kereta atau rumah. Atau senang cerita ada peluang nanti boleh goyang kaki.* sambil gelak melawak.

Pada awalnya memang mahu melawak. Tapi realitinya inilah yang berlaku hari ini. Isteri yang bergaji besar 5,7k ni akan jadi mangsa oleh suami yang memang jenis goyang kaki. Dalam diam boleh pula kahwin sorang lagi, ini realiti.

Saya kata kepada mereka. Jika itulah tujuan korang mahu beristerikan pekerja kerajaan. Makin ramailah lelaki dayus. Makin ramailah suami abaikan dan mempergunakan isteri demi kepentingan diri sendiri.

Agihkan Tangunggjawab

Korang perlu ingat. Tanggungjawab suami menyediakan tempat tinggal,pakaian,peralatan mandian,makan minum,bil-bil air, perbelanjaan anak-anak ke sekolah, perbelanjaan ketika isteri sakit,bayi baru lahir,bil-bil hospital,ubatan di klinik hatta tuala wanita juga tanggungjawab suami.

Ada yang beranggapan dan mengambil kesempatan apabila isteri bergaji besar, maka tanggungjawab tersebut perlu diagihkan kepada isteri juga. Ini sebenarnya dosa bagi suami.

Jika basic pun korang tidak faham tanggungjawab sebagai seorang suami, bagaimana untuk bina keluarga yang bahagia dan tunai tanggungjawab yang paling besar untuk bimbing isteri dan ahli keluarga masuk syurga?

Saya tambah lagi. Kita berkahwin perlu serius, perlu ada matlamat yang jelas, perlu letakkan diri dan jiwa kita untuk pasangan dan abdikan diri kita kepada Allah, bukan jadikan mereka ‘hamba abdi kita. Ketua keluarga yang baik akan berusaha dari masa ke semasa supaya diri aku ini bermanfaat buat pasangan dan ahli keluarga.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

Buat wanita yang masih belum berkahwin, hati-hatilah dalam memilih lelaki untuk dijadikan suami dan teman hidup. Kenali pasangan luaran dan dalaman sebelum membuat keputusan besar untuk berkahwin.Semoga para wanita dijauhkan daripada mendapat lelaki yang jenis goyang kaki dan hanya menumpang senang isteri.

Buat para lelaki yang bakal menjadi suami, berusahalah atas kaki sendiri, jadilah lebih bertanggungjawab dan perbetulkan niat untuk berkahwin.Jadikan perkongsian pandangan ini sebagai panduan.

Semoga Bermanfaat!

Sumber: Muhammad Ahmad via Mingguan Wanita

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *