Rasmi: BN Menang Parlimen Cameron Highlands

Rasmi: BN Menang Parlimen Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS 26 Jan. – Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan majoriti 3,238 undi.

Calon BN, Ramli Mohd. Nor meraih 12, 038 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran 8,800 undi.

Calon Bebas, Sallehudin Ab. Talib 314 undi manakala Wong Seng Yee 276 undi.

Sumber: Utusan Online