Ramai Yang Tidak Boleh Terima Kenyataan, Tiba-tiba Jadi Pemenang ABPBH, Netizen Nasihat Wany Hasrita Cermin Muka Dan Sedar Diri

Ramai netizen yang mempertikaikan kemenangan Wany Hasrita kerana mereka berpendapat beliau tidak layak memenangi anugerah tersebut kerana menurut mereka terdapat ramai lagi artis yang lebih layak seperti Neelofa, Fazura, Siti Nordiana, dan Syafiq Kyle untuk dinobatkan sebagai pemenang ABPBH malam tadi.

Berikutan itu, laman Instagram penyanyi lagu Menahan Rindu itu telah diserang netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan kemenangannya malam tadi.

Majoriti mereka mengecam dan mempersoalkan kemenangan penyanyi itu. Netizen meninggalkan komen negatif sebagai tanda protes kerana tidak berpuas hati dengan kemenangan penyanyi berusia 25 tahun itu.

Meskipun penyanyi itu tidak berkongsi di Instagram sebarang berita tentang kemenangannya di ABPBH malam tadi, ia tidak menjadi penghalang untuk netizen menyerang penyanyi itu di laman media sosial tersebut.

Suara sendu pun boleh menang?

Balik rumah cermin muka tu!

Sehingga kini, Wany Hasrita tidak memberi sebarang kenyataan ataupun membalas komen netizen tentang kemenangannya pada malam tadi.

Sumber: IG Wany Hasrita via ohmymedia.cc

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *