“Ramai Perempuan Mesej Kacau, Tapi Suhaimi Kuat Iman..”

Biarpun dikecam teruk kerana tidak menghantar anak ke sekolah, namun bekas anggota kumpulan nasyid In Team, Suhaimi Saad tetap dengan pendiriannya untuk memberi pendidikan kepada anak-anak dengan cara sendiri di rumah.

Susulan itu, Ina Naim pula yang menjadi mangsa kecaman netizen yang mendakwa wanita itu terpaksa mengikut segala keputusan suami dan seperti lembu dicucuk hidung. Namun, Ina memberitahu semua keputusan yang dibuat adalah perbincangan bersama anak-anak dan dirinya.

“Suami saya akan bertanya pendapat saya dan anak-anak sebelum membuat sesuatu keputusan. Kita akan bermesyuarat dan mengundi jika ramai kata A maka itulah keputusannya.

“Saya ikut, kalau itu yang terbaik bagi dia, maka ia terbaik bagi say juga. Sedangkan nak makna pun kami berbincang dulu,” ujarnya.

Menerusi Facebook suaminya, Ina turut meluahkan rasa geram dengan dakwaan liar netizen itu serta menjelaskan bahawa dia tidak pernah tertekan malah bahagia bergelar isteri kepada Suhaimi Saad.

“Demi Allah saya tak stress. Saya bahagia walaupun orang kata kami hidup zuhud, daripada kaya lupa diri.

“Suhaimi suami yang baik, kalau dia jahat sudah lama dia tinggalkan saya. Ramai sahaja perempuan mesej kacau-kacau dia tapi dia kuat iman,” ujarnya.

Mengulas mengenai isu tidak menghantar anak ke sekolah, Ina memberitahu mereka terlebih dahulu sudah meminta pendapat daripada pelbagai pihak.

“Kami dah tanya profesor, pensyarah, ramai juga golongan mereka yang tidak menghantar anak ke sekolah. Anak mereka belajar di rumah dan sambung pengajian di Mesir,” katanya.

Terdahulu, Suhaimi Saad pernah mencetuskan kontroversi kerana pendirian anti vaksin dan pernah membuang ubat hospital.

Sumber: Rotikaya