Raja Troll Bersuara Lagi. Ini Kata-kata Najib Sebaik Calon BN Menang PRK Cameron Highlands

Bekas perdana menteri Najib Razak tidak mahu ketinggalan mengucapkan tahniah ke atas kemenangan calon BN Ramli Mohd Nor dalam PRK Cameron Highlands.

Menyifatkan kemenangan itu sebagai kemenangan rakyat, Najib berterima kasih kepada pengundi yang memilih BN.

Syabas kepada jentera Barisan Nasional di PRK Cameron Highlands.

Tahniah saudara Ramli Mohd Nor, ahli parlimen Cameron Highlands yang baru.

Terima kasih kepada semua pengundi yang memilih BN termasuk di Felda, kampung tradisional dan pos Orang Asli.

Ini adalah kemenangan rakyat!” katanya melalui Twitter.

Mat Hasan: Kerjasama PAS faktor kemenangan BN

8.15pm: Tanah Rata – Timbalan Presiden Umno yang menjalankan tugas presiden, Mohamad Hasan berkata kemenangan BN adalah hasil dari kerjasama dengan PAS.

“Banyak faktor yang menyebabkan kita dapat mempertahankan kerusi parlimen Cameron Highlands. Antaranya faktor calon, faktor penyatuan ummah, gerak kerja dan kerjasama antara Umno dan PAS nampaknya membuahkan hasil yang amat baik.

“Hasrat kita nak memperkasakan agenda penyatuan Melayu dan Islam bermula di Cameron Highlands. Dan ia juga satu referendum rakyat terhadap ketidakpuasan hati rakyat terhadap prestasi kerajaan PH,” katanya kepada pemberita.

Ramli Mohd Nor Orang Asli pertama jadi ahli parlimen

Calon BN Ramli Mohd Nor diumumkan secara rasmi sebagai pemenang pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands.

Ia merupakan kemenangan pertama buat BN sejak pilihan raya umum (PRU) ke-14, sementara Ramli mencatat sejarah sebagai Orang Asli pertama menjadi ahli parlimen.

Keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan Ramli menang dengan 3,238 majoriti undi selepas meraih 12,038 undi keseluruhan.

Pencabar terdekatnya, calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran meraih 8,800 undi.

Dua calon bebas yang bertanding pula, Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab Talib masing-masing meraih 276 dan 314 undi. Kedua-dua mereka dijangka kehilangan deposit.

Peratus keluar mengundi adalah 68.79 peratus, yang merupakan jumlah paling tinggi dalam semua PRK sejak pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Sementara bagi Manogaran, ini merupakan kekalahan kali ketiganya di Cameron Highlands. Ini merupakan kali pertama beliay bertanding sebagai calon parti pemerintah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber : Malaysiakini