Qatar Sumbang 1 Juta Riyal Untuk Tabung Dr Mahathir Mohamad

VIENNA – Persatuan Pihak-Pihak Berkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) hari ini melancarkan Tabung Dr Mahahthir Mohamad untuk membantu para pegawai yang ditindas ketika menjalankan tugas.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden IAACA, Dr Ali Fetais Al-Marri semasa berucap merasmikan Persidangan Tahunan dan Mesyuarat Agung IAACA ke-10 di Pusat Persidangan Antarabangsa Vienna di sini.

Al-Marri yang juga Peguam Negara Qatar berkata, tabung itu mengambil sempena nama Perdana Menteri Malaysia sebagai mengiktiraf usaha Dr Mahathir memerangi rasuah.

Al-Marri berkata, Qatar bersetuju untuk menubuhkan tabung berkenaan dengan sumbangan sebanyak 1 juta Riyal Qatar (RM1.14 juta).

Persidangan itu yang bermula hari ini akan berakhir pada 24 Januari. – Bernama