Pusat Beli-Belah Himpunkan Produk Muslim Bakal Dibuka Tak Lama Lagi

Mohd Fadzil Hashim yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Raudhah City  ingin melebarkan lagi sayap dengan membantu para usahawan bumiputera dalam dunia perniagaan.

Fadzil ingin mengajak lebih ramai usahawan Muslim dan Bumiputera untuk memasarkan produk mahupun perkhidmatan mereka dengan lebih besar.

Beliau sebentar tadi ada membuat video live (secara langsung) di laman Facebooknya lantas menyatakan hasratnya untuk membina sebuah tempat yang sesuai untuk pasaran Muslim.

Malah beliau juga berkata telah melakukan perbincangan mengenai perkara ini bersama Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.

Perbincangan tersebut turut disertai En. Bazeer Ahmad dari Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia yang punyai lebih 3,500 buah kedai runcit.

Menurut Penolong Peribadi Mohd Fadzil Hashim ketika dihubungi Siakap Keli, antara rancangan strategik pihak mereka adalah untuk mempunyai sebuah pusat beli-belah yang merealisasikan penjualan produk berkenaan.

Katanya lagi, lokasi pusat beli belah tersebut masih dalam perbincangan.

Sumber: Fadzil Hashim via Siakapkeli.my