Planet Marikh Ada Cukup Oksigen Untuk Sokong Kehidupan – Kajian

Air bergaram dibawah permukaan Planet Marikh mungkin boleh membekalkan oksigen yang mencukupi untuk kehidupan jenis mikrob yang muncul dan berkembang dibumi pada berbililion tahun lalu, kata penyelidik.

Di sesetengah lokasi, jumlah oksigen yang ada dapat terus hidup sebagai haiwan primitif, seperti sponge, yang dilaporkan dalam jurnal Nature Geosciences.

Seorang ahli fizik teori di Makmal Jet Propulsion, California, Vlada Stamenkovic berkata, air garam atau lebih dikenali sebagai brine, di Marikh, mempunyai cukup kandungan oksigen untuk mikrob bernafas.

Jumlah oksigen di Marikh ketika ini hanya sebanyak 0.14%, berbanding 21% oksigen di Bumi.

Sumber: Sin Chew via Era.je