Persatuan Hak Asasi Mahu Penghina Agong Dibebaskan Segera

Persatuan hak asasi, AMNESTY International Malaysia (AIM) hari ini mendesak mereka yang ditangkap kerana menghina Yang di-Pertuan Agong supaya dibebaskan segera.

Pengarah Eksekutif AIM, K. Shamini Darshini menyifatkan tindakan menangkap mereka yang menghina Agong sebagai ‘mundur’.

Pelik. Ketika kes Edy Rejang dahulu yang dibuang kerja, dimalukan, dan diancam keselamatan keluarganya, tiada pula kedengaran suara-suara ‘hak asasi’ ini?

Ketika pemimpin PAS Sarawak ditangkap polis sekarang ini kerana mengherdik pemimpin DAP, tiada pula kedengaran ‘hak asasi’ bersuara.

Ketika Muhammad Adib dipukul mati oleh pengganas Hindu, tiada pula kedengaran ‘suara hak asasi’ mengutuk kezaliman kepada penjawat awam.

Adakah hak asasi itu hanya untuk orang yang hendak menjatuhkan institusi Melayu dan Islam?

Inilah dia ‘jarum-jarum halus’ yang ingin ‘membunuh’ kedudukan Islam dan Melayu di Malaysia.

Puak-puak ini menggunakan alasan hak asasi sebagai perisai untuk meraih sokongan kuasa luar.

Sumber: Negara Insider