Permohonan Maaf Chuah Chun Howe Kepada Semua Anggota Bomba (5 Gambar)

Saya amat kesal dengan percakapan melulu semalam mengenai ahli bomba malaysia. saya telah mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf kepada pihak bomba Jalan Perak Penang dan telah mendapat ampunan daripada Tuan Ismail.

Saya berjanji tidak akan bercakap yg tidak baik lagi mengenai anggota beruniform Malaysia. Tuan Ismail sendiri menjelaskan banyak perkara mengenai kes ini dan juga kes kes lain, serta apa yang perlu dilalui oleh anggota bomba.

Saya harap semua orang tidak akan buat comment negative terhadap ahli beruniformĀ  macam saya, jika tidak tahu apa yang dilalui oleh mereka. Sekali lagi saya ikhlas memohon maaf kepada semua warga beruniform di seluruh Malaysia.

Buat sementara waktu account saya telah di suspended-kan di sebabkan oleh reports yg di terima. Saya tidak bekerja di Exabytes sejak 5 tahun lalu.

Sumber: Penang Kini