Perjalanan Terakhir Zizi Bas Gagal Memotong (6 Gambar)

Gerik: Perjalanan terakhir Zizi Bas gagal memotong 6Gambar Hasrat seorang pemandu Bas ekspres Adik Beradik untuk pulang ke Kuala Terengganu selepas 4 hari berada diPulau Pinang tidak kesampaian.

Apabila ekspres bas yang dipandunya gagal memotong lalu bertembung dengan lori sebelum melanggar treler yang membawa gelung besi di Bukit Jala, Jalan Raya Timur-Barat di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.49 tengah malam, mangsa yang dikenali dengan nama Mohd Azizi Abdul Ghani, 37, maut akibat tersepit manakala 31 penumpang bas selamat hanya seorang wanita wanita yang mengalami kecederaan ringan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata kemalangan itu melibatkan bas yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Terengganu dengan lori muatan habuk kayu dan treler membawa gelung besi.

Katanya, semasa anggota bomba tiba di tempat kejadian, pemandu bas ekspres berusia 37 tahun tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di tempat kejadian.

“Dalam kemalangan itu, pemandu lori dan treler terselamat manakala kelindan lori cedera. Kesemua yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Mangsa yang tersepit dikeluarkan dari kenderaan dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Innalillahhiwainnailaihirojiun..

Salam Takziah Buat Keluarga Pilot Adik Beradik ( TBS 3389 ) Arwah Abg Azizi Abdul Ghani yang kemalangan Selepas Tasik Banding hala Gerik Awal Pagi Tadi. Sama samalah Kita Sedekahkan Al-Fatihah Buat Arwah. Semoga Arwah Ditempatkan Bersama Orang2 Yg Beriman & Para Solehin.. Aamiin – Ekspres Muhammad

Apa yang berlaku mengudang pilu keluarga dan insan-insan yang mengenali Zizi yang disifatkan mereka yang sangat baik dan amat disenangi rakan-rakan.

Arwah Zizi amat dikenali dikalangan pemandu bas walaupun lain-lain majikan, dikhabarkan juga arwah baru seminggu keluar Hospital Kuala Terangganu lakukan rawatan semoga roh arwah dicucuri rahmat bersama insan-insan yang diredhai yang maha esa diharap keluarga nya tabah ini lah perjalanan terakhir nya

Dikhabarkan arwah meninggalkan seorang isteri dan seorang anak jenazah dijangka sampai ke Terangganu dari Gerik. Al fatihah

Sumber: accidentportal.net

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *