Periuk Kera Mangkuk Tandas Tupai Dan Kelawar?

DALAM pelbagai juadah pada musim perayaan Aidilfitri, hidangan lemang periuk kera antara yang menjadi bahan perbualan sejak beberapa tahun lalu.

Lemang periuk kera dikatakan lebih enak berbanding lemang buluh yang sudah menjadi kebiasaan dihidangkan

Juadah ini dimasak dalam kelongsong periuk kera atau nama saintifiknya Nepenthes Mirabilis dan sangat popular di negeri Pahang dan Johor.

Namun di sebalik populariti lemang itu, barangkali ramai yang tidak tahu bahawa tumbuhan periuk kera sedang mengalami ancaman. Dan apa yang wajar diketahui juga, periuk kera  merupakan mangkuk tandas buat haiwan mamalia seperti Kelawar dan juga tupai.

Perkara itu didedahkan oleh akaun Twitter rasmi @ZoologiMy yang menyifatkan menghidangkan lemang periuk kera di hari raya bukan pilihan yang bijak.

“Lemang Periuk Kera, bukan pilihan yang bijak untuk  musim perayaan,” kata @ZoologiMY

Satu kajian baru yang dilakukan oleh sekumpulan saintis dari Universiti Brunei Darussalam ( UBD) mendapati tumbuhan karnivor ini bertahan kerana kotoran daripada kelawar.

Kelawar Hardwicke dikatakan menjadikan tumbuhan tersebut sebagai tempat tinggalnya dan periuk kera meraih sumber nutrien pentingnya daripada kotoron mamalia tersebut.

Periuk kera yang dikunjungi oleh kelawar mempunyai lebih banyak nitrogen di dalam daun mereka berbanding tumbuhan kawalan.

Malah, najis kelawar boleh menyumbang sekurang-kurangnya 34 peratus daripada keperluan nutrien untuk periuk kera.

Jadi adakah anda mahu menikmati lemang periuk kera di musim perayaan ini?

Sumber: Astro Awani