Pensyarah Sedih Bila Orang Bukan Islam Kutuk Hotel Patuh Syariah Terengganu Di Media Sosial

PENSYARAH Kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Ahmad Sanusi sedih melihat kutukan dan perlian bukan Islam di media sosial terhadap hotel patuh syariah yang diumumkan oleh kerajaan Negeri Terengganu.

Menerusi kiriman di halaman facebook, Dr Ahmad turut merasa terkejut dengan respon yang diterima dari golongan bukan Islam.

“Kebanyakan mereka melontarkan kutukan dan perlian terhadap sistem hotel patuh syariah ini. Mereka menyifatkan konsep ini sebagai langkah yang mundur, bahkan ada juga yang menggunakan kata-kata yang kesat dalam komen mereka,”

“Ini yang menyedihkan, mereka menyifatkan Melayu sebagai rasis dan muslim sebagai ekstremis, tetapi pada hakikat nya mereka sendiri bersifat demikian, malah lebih rasis dan ekstrimis dari Melayu dan muslim itu sendiri,” tulisnya.

Dr Ahmad turut mempersoalkan bahawa dalam negara demokrasi rakyat berhak menentukan kehendak mereka, namun apabila Terengganu inginkan Islam mereka menolak bahkan mencaci pilihan Muslim.

“Apakah mereka lupa bahawa Islam termaktub dalam perlembagaan Malaysia?” soalnya.

Dalam kiriman itu beliau turut mengirimkan beberapa “screenshots” komen-komen kutukan dan perlian terhadap hotel patuh syariah berkenaan.

Sumber: Milo Suam