Pengasas Dnars Skincare Maut Kemalangan Di Thailand

TUMPAT – Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 40, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand.

Suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera parah apabila kereta Toyota Estima dinaiki mereka terlibat kemalangan di Pattani kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Berita kematian Faziani disahkan adiknya, Faizol Rohban Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian.

Faizol memaklumkan, kakaknya turun dari rumah di Kampung Paloh, Tumpat jam 8 pagi tadi bersama suaminya.

“Saya mengetahui kemalangan itu apabila dihubungi abang ipar, dia maklum kakak cedera teruk. Setengah jam selepas itu, dia maklum kakak dah meninggal dunia,” katanya.

Mayat Faziani dibawa ke Hospital Pattani, Thailand.

 

View this post on Instagram

 

Tlong sedekah al fatihah Faziani Binti Rohban Ahmad

A post shared by HIGHRETURN MARKETER (@iqbar_hakim) on

Sumber: Sinar Harian