Pencemaran Toksik Di Pasir Gudang Tidak Bawa Kesan Kronik Jangka Panjang Kepada Kesihatan – Menteri Kesihatan

JOHOR BAHRU – Kesan pencemaran sisa bahan kimia dari Sungai Kim Kim kepada mangsa adalah berbentuk “one off acute exposure” dan tidak membawa kesan kronik jangka panjang kepada kesihatan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzukefly Ahmad.

Beliau berkata, tahap toksik yang ada pada bahan kimia itu adalah bersifat rendah dan tidak menyebabkan kematian kepada mereka yang terdedah.

“Ini adalah acute toxicity dan ia bukannya sesuatu yang bersifat kronik dan mempunyai exposure yang lama serta berterusan sehingga boleh mencetuskan kanser,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Medic Base di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini hari ini.

Beliau mengulas kekhuatiran mangsa-mangsa mengenai kesan jangka panjang pencemaran sisa kimia dari Sungai Kim Kim terhadap kesihatan mereka.

Dzukefly berkata, sebagai inisiatif untuk memantau tahap kesihatan kesemua mangsa, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melakukan kajian kohort berdasarkan sistem data pesakit yang dikumpulkan.

Sumber: Bernama