“Parking Macam BERUK, Bukan Pakai Kereta Besar Pun!”- Pergaduhan Pemandu Kenari Dan Viva Di FB Buat Netizen Geli Hati, Siap ‘Troll’ Lagi.

Masa mula-mula dapat lesen kereta dulu, korang ingat lagi tak macam mana korang parking kereta? Betul-betul masuk kotak atau senget benget?

Boleh dikatakan waktu nak park kereta merupakan waktu ‘getir’ khususnya buat pemegang-pemegang lesen baharu, terutamanya bila nak parking reverse..admin setuju!

So nak dijadikan cerita, baru-baru ni viral di media sosial bila mana owner kereta Kenari dan Viva bergaduh disebabkan masalah ‘parking’.

Kejadian dipercayai berlaku di Sungai Petani, Kedah melibatkan seorang wanita iaitu pemandu kereta Kenari dengan seorang lelaki yang merupakan pemandu viva..apo cito ni?

Parking macam BERUK!

Nak dijadikan cerita, lelaki yang dikenali sebagai Fahmi ni muat naik status beserta gambar dalam group Penduduk Sungai Petani Kedah di facebook.

Parking macam BERUK! Bukan pakai kereta besar pun! Susah sangat ke nak letak elok2 dalam box? Bercalar kereta aku, SIAP KAU!
Berdasarkan daripada status tersebut, nyata lelaki ni marah dengan pemilik kereta Kenari yang parking kereta dengan ‘bijak’ iaitu terkeluar daripada kotak atau ruang sepatutnya, sampai betul-betul sikit lagi nak kena kereta lelaki tersebut..alamak, kenapa sampai macam tu sekali ek?

So, disebabkan status tu jadi viral tak lama kemudian ada seorang wanita up status dalam group yang sama.

Ha pulak dah! Mana satu yang betul ni? Salah kereta viva putih tu ke atau kenari?

Tapi rata-rata netizen yang baca status mereka berdua ni memang menyalahkan wanita tersebut kerana parking di luar kotak yang telah disediakan.

Siap ada yang kata ‘korang kalau  bergaduh dengan perempuan takkan menang’…

2 perkara paling bahaya dalam dunia..

Aku syak kenari datang dulu, baru pekerja buat line…

Salah kereta! kalau kereta tak wujud, kes ni tak jadi…

Maklumlah naik lori 10,000 tayar..

Hahaha…macam-macam team ‘bawang rangers’ ni kalau buat teori diorang, actually banyak lagi komen-komen lucu yang netizen bagi, tapi nanti korang baca sendiri okay.

Tak ketinggalan geng-geng yang troll, apabila mereka mempamerkan ‘skill’ mengedit gambar kenari dan viva tersebut, korang tengok sendiri.

Ada basikal parking rupanya….kahkahkah!

Okay…kereta dah masuk petak, kes selesai!

Hai lah netizen, korang punya idea ni boleh buat drama dah tau! kemain lagi eh…Btw untuk yang ada kenderaan sendiri atau baru nak ambik lesen, make sure parking tu elok-elok dalam kotak okay! 🙂

Sumber: Lobakmerah.com