Pakai Jeans Ketat Sehingga Nampak Bentuk Kaki, Masya Digelar Kaki Ayam

Sejak berduet bersama Sufian Suhaimi pada Anugerah Bintang Popular tempoh hari, ramai yang mula mengenali Masyitah Masya yang juga merupakan finalist pertandingan nyanyian Astro Ceria Popstar.

Penyanyi berusia 18 tahun kembali menjadi sebutan setelah dia memuat naik video dia menyanyi di sebuah program TV baru-baru ini. Berikutan itu, pengikut Instagramnya telah menegur cara berpakaian penyanyi itu yang disifatkan tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.

 

View this post on Instagram

 

Sebelum tidoq masya nak payung sikit #HALIMUNAN yang masya nynyi kat HLive tadi ❤️🌹 #HALIMUNAN #masyashiners #hlive

A post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya) on

Setelah video itu dimuat naik, beberapa keping gambar yang memfokuskan bahagian kaki penyanyi itu telah dikongsikan oleh netizen yang nakal di laman sosial.

Isu menjadi hangat apabila seluar jeans yang dipakai oleh penyanyi itu kelihatan agak ketat sehingga menampakkan bentuk kakinya yang kurus itu.

Tak sesuai lah pakai macam ni

Terasa kelakar dengan isu tersebut, netizen mula meninggalkan komen pada video yang dimuat naik di Instagram penyanyi itu. Mereka menasihatkan penyanyi itu untuk memakai pakaian yang lebih sopan dan sesuai dengan imej bertudung yang dibawa oleh penyanyi itu.

Kurusnya kaki, seram tengok

Sumber: IG Masyitah_Masya via https://www.ohmymedia.cc