Pad Hilangkan Bau Kentut Dicipta Untuk Pengentut Sedunia

Pad hilangkan bau kentut telah dicipta, bukan dari poket Doraemon. Tapi, ini betul-betul punya. Kentut memang berbau busuk. Semua kentut berbau busuk, tak ada yang berbau wangi. Hal ini kerana perut merembeskan gas metana akibat proses makanan yang menyebabkan bau busuk yang teramat sangat.

Rasanya ramai yang lebih rela jatuh pengsan daripada menghidu bau kentut orang lain, apatah lagi kalau terperangkap dalam kereta atau pun lif.

Pad Hilangkan Bau Kentut

Tidak kurang juga ada di antara kita yang kadang-kadang sampai merah padam muka menahan kentut bimbang baunya akan tersebar dan mendatangkan masalah lain pula.

Dengan kajian yang ada sekarang, nampaknya tidak akan ada lagi kejadian sedemikian apabila terdapat pad arang yang mampu menapis bau busuk kentut sebelum ia tersebar ke udara.

Memang sesuai untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan yang kaki kentut dan berbau busuk itu!

Cara pemakaiannya mudah, hanya letakkan pad pada bahagian luar seluar dalam anda. Paling penting ia tidak tebal dan orang tidak akan perasan anda memakai pad berkenaan. Apatah lagi bau kentut anda.

Bahan seperti arang yang digunakan pada pad itu yang akan menapis bau busuk dan anda boleh melepaskan kentut anda dengan yakin diri selepas ini. Selain itu, anda juga boleh wangikan kentut anda dengan pil.

Sumber: kulihatlangitbiru.com