Nenek Durjana Tikam Cucu, Bakar Dalam Ketuhar Hingga Maut

SEORANG nenek ditahan pihak berkuasa selepas menikam dan membakar cucunya yang berusia 20 bulan di dalam ketuhar.

Kejadian ngeri itu berlaku di Bolivar County, Mississippi dan bayi malang tersebut sudahpun disahkan meninggal dunia.

Pihak polis sehingga kini tidak dapat mengesahkan sama ada bayi tersebut sudah meninggal sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar atau sebaliknya.

“Seorang ahli keluarga tersebut pulang ke rumah dan dia menyaksikan perkara tersebut.

“Mereka menemui bayi tersebut di dalam ketuhan dan terus memanggil polis.

“Di tempat kejadian, kami menemui bayi perempuan. Punca kematian masih disiasat namun kami percaya dia meninggal kerana ditikam dan dibakar,” ujar Ketua Polis Bolivar County, Sheriff Kelvin.

Susulan penemuan itu, pihak berkuasa turut menjalankan ujian makmal bagi menentukan punca kematian sebenar bayi malang itu.

Kejadian berlaku pada Isnin dan polis dipanggil ke lokasi kejadian sekitar pukul 7 petang.

Kes kini sedang disiasat oleh Biro Siasatan Mississippi.

Sumber: Mstar Online

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *