Najib Sindir Kasut, Stokin Hitam Sekolah..Tambah Beban Pada Orang Asli

Najib Sindir Kasut, Stokin Hitam Sekolah..Tambah Beban Pada Orang Asli

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memulakan langkah kempen di Pos Betau dengan mengkritik kerajaan Pakatan Harapan gagal menangani kenaikan kos sara hidup.

Malah, Najib turut menyindir langkah Kementerian Pendidikan memberi penekanan terhadap pelaksanaan kasut dan stokin hitam untuk semua pelajar sekolah.

Beliau berkata demikian dalam ucapan di hadapan masyarakat Orang Asli di Pos Betau, Cameron Highlands hari ini.

Orang Asli Betau Beri Sambutan Hangat Pada Najib

Kehadiran bekas pengerusi BN, Najib Razak di Pos Betau iaitu penempatan Orang Asli terbesar di Cameron Highlands mendapat sambutan hangat di kalangan penduduk tempatan.

Beliau diberi pengormatan dengan diakaikan ‘mulang’ di kepala iaitu pakaian tradisional bagi Orang Asli sejurus tiba.

Kebanyakan yang hadir mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan Najib, berswafoto dan bahkan memeluk bekas perdana menteri itu ketika beliau berjalan ke pentas.

Di atas pentas, Najib diapit oleh Menteri Besar Pahang yang juga Pengerusi BN negeri, Wan Rosdy Wan Ismail.

Kedua-dua mereka dilihat memakai T Shirt yang bertulisan ‘Malu Apa Bossku’ iaitu suatu ungkapan yang kini semakin popular di kalangan generasi muda.

Seramai 18 tok batin dari kawasan itu juga dilihat hadir dengan memakai baju BN.

Setelah juruacara majlis melaungkan ‘Hidup BN’ dan ‘Mati PH’, ketua kampung Betang, Ahmad Selu berucap di pentas dengan mengingatkan Orang Asli agar tidak memberi peluang kepada Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya kecil itu.

“Majlis batin di Dun Jelai ini, kita jangan bagi peluang kepada PH kerana mereka telah menfitnahkan kita bahawa kita di sini menerima rasuah hari itu dan pilihan raya dibatalkan. Sebab dia kata kita menerima rasuah. Menjatuhkan maruah batin-batin di jelai,” katanya.

Sumber: KiniTV, Malaysiakini