Najib Kantoi Cuci Tangan Guna “Sanitizer” Lepas Salam Penyokong. Rupa-Rupanya Ini Punca Sebenar

TERSEBAR rakaman video Najib Razak dilihat mencuci tangan guna “sanitizer” selepas bersalaman agak lama dengan salah seorang lelaki memakai vest Barisan Nasional. Lelaki itu dipercayai penyokong BN.

Berdasarkan baju yang dipakai oleh Najib, video berkenaan dipercayai dirakam ketika bekas perdana menteri itu turun berkempen untuk calon BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highland kelmarin.

Tidak dapat dipastikan kenapa Najib sampai perlu menggunakan “sanitizer” untuk mencuci tangannya pada ketika itu.

Mungkin itu memang tabiat biasa Najib yang begitu alergik dengan kuman, begitu menjaga kebersihan sampai perlu membasuh tangan gunakan “sanitizer” setiap kali bersalam dengan para penyokongnya.

Sebenarnya tak ada isu pun, menjaga kebersihan memang baik, tapi perkara itu nampaknya telah dijadikan isu oleh segelintir pihak, seolah-olah dia merasa jijik bersalam dengan penyokong-penyokong bawahan.

Video:

Mengikut Komen Dari salah seorang Netizen, Najib Mungkin Mahu Makan, Sebab Itu Dia Menggunakan Sanitizer Selepas Bersalaman Dengan Penyokong. Apa-apa pun, Najib kelihatan makin berbisa di media sosial sehingga dinobatkan sebagai Raja Troll

Sumber: https://www.milosuam.net