Misteri Terbongkar. Pokok Petai Menangis Rupanya Air Kencing Reriang Rimba

Baru-baru ini tersebar satu berita mengenai kemunculan air misteri di Kampung petani, Kota Bharu, Kelantan. Khabarnya, air jernih seperti hujan renyai-renyai dikesan membasahi bahagian bawah sebatang pokok petai di kampung itu yang bermula sejak jam 8.00 malam sehingga 6.00 pagi. Ia dikesan mula berlaku sejak seminggu lepas.

Disebabkan itu, berpuluh penduduk kampung datang menyaksikan fenomena itu setiap malam, malah ada yang mengambil baldi untuk menadah airnya. Air itu kemudiannya dikatakan digunakan untuk membasuh muka, malah mandi.

Namun satu laman Facebook mendakwa terdapat penjelasan saintifik mengenai fenomena itu dan ia bukan satu keajaiban seperti didakwa. Ini memandangkan video yang disertakan bersama berita itu berlatarkan bunyi serangga ‘reriang rimba’.

Laman ‘Ini Sains Beb’ menulis:

Serangga riang riang atau reriang (nama inggeris: cicada) adalah serangga dalam famili Cicadidae. Ada ribuan spesis bagi serangga ini. Tetapi yang agak menarik perhatian taburannya di Asia Tenggara adalah genus Chremistica.

Istimewanya serangga ini menghisap cecair dari xylem (pembuluh cecair?) pokok dan menghamburkan keluar dari tubuhnya. Bahasa mudahnya, kencing la…

Dikatakan reriang melakukan perkara ini untuk menyahkan akses cecair, mineral dan asid amino dari tubuhnya.

Fenomena ini biasa dilihat pada pokok yang dihuni reriang. Boleh lihat video tentang Chremistica umbrosa:

Ini sains, beb!

Satu video yang dimuat naik penduduk kampung tersebut di tempat kejadian juga jelas menunjukkan keberadaan reriang rimba.

Ada mendakwa bahawa air tersebut juga diminum oleh penduduk kampung.

Penulis bagaimanapun, harap ia tidak seserius itu.

Bayangkan minum air yang tidak diketahui tahap kebersihannya serta tidak jelas dari mana sumbernya?

Sumber: amazingnara.com